Wednesday 24 October 2012

Pantun Nasihat

Pantun Nasihat

Bermotosikal ke Pekan Pahi,
Untuk membeli kuah laksa,
Nasihat ibu bapa perlu dipatuhi,
Agar nasihat damai sentiasa.

Petik bunga di tepi pagar,
Bunga dijual di pekan Marang,
Tanamkan sikap bercakap benar,
Agar diri dpercayai orang.

Ikan tenggiri ikan senohong,
Dibuat gulai sedap dimakan,
Jangan sesekali bercakap bohong,
Takut nanti dibenci orang.

Mari dilurut batang lidi,
Buat menyapu daun senduduk,
Elok diikut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Pahlawan Melayu memakai tajak,
Tampak tampan berseri-seri,
Jagalah tutur jangan terlajak,
Jika silap binasa diri.

Memandu kereta pergi ke Juru,
Pergi bersama Hamid dan Musa,
Sayangilah keluarga ,hormatilah guru,
Diri disayangi setiap masa.

Pergi ke kota menunggang kuda,
Hendak berjumpa dengan Cik Esah,
Kalau ilmu tiada di dada,
Hidup kita akan menjadi susah.

Ali pergi ke kedai buku,
Buku dibeli di Kedai Pak Satar,
Marilah kita menimba ilmu,
Supaya jadi orang yang pintar.

Tanam serai di tepi halia,
Sebelahnya pula pokok kantan,
Gotong-royong amalan mulia,
Dapat mengerat tali persahabatan.

Pagi-pagi ke sawah padi,
Mari ditanam padi perang,
Dalam hidup biar berbudi,
Budi yang baik dikenang orang.

Indah sungguh Gunung daik,
Tempat bermain si anak rusa,
Bertolak ansur amalan baik,
Elok diamal setiap masa.

Mari dijunjung buah lokan,
Untuk dijual di Pekan Kuah,
Ilmu yang ada tidak diamalkan,
Ibara pohon tidak berbuah.

Pergi ke kedai membeli kelapa,
Kelapa dibeli bersama halia,
Nasihat ibu janganlah dilupa,
Jadikan azimat untuk berjaya.

Daun kesum daun selasih,
Anak burung terbang ke sarang,
Sahalus budi seluhur kasih,
Harta tak penting dipandang orang.

Pergi belajar ke Pulau Deli,
Singgah sekejap di Tanjung Sepat,
Bacalah buku dengan teliti,
Barulah ilmu mudah dapat.

Pergi mengaji memakai kain,
Di waktu malam seorang diri,
Masa belajar jangan bermain,
Nanti terlupa sendiri rugi.

Entah ke manna hilangnya kota,
Di dalam hati tertanya-tanya,
Beramah-ramah seamam kita,
Hidup akan bahagia hendaknya.

Bunga mawar bunga matahari,
Mari disunting si muda belia,
Sikap sombong harus dihindari,
Moga diri dipandang mulia.

Berbuat baik biar berpada,
Perkara jahat usah sekali,
Biarpun banyak ilmu di dada,
Jangan sesekali meninggi diri.

Bakar kayu sehingga rentung,
Dijadi arang sehingga pekat,
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Setiap pagi memberi salam,
Salam diberi kepada Cik Azian,
Bacalah buku siang dan malam,
Tambahkan ilmu, luaskan pengetahuan.

Siapa gerangan mengait kelapa,
Kelapa jatuh di atas bumbung,
Budi guru jangan dilupa,
Jasanya tetap kita sanjung.

Tumbuh rendang pokok kepayang,
Tempat hinggap burung kenari,
Kejayaan tak akan datang melayang,
Tanpa usaha diri sendiri.

Barang sedikit sama dirasa,
Ayah dan ibu ingat selalu,
Jangan suka membuang masa,
Membaca buku menambah ilmu.



Saturday 29 September 2012

MENGGUNAKAN  INTERNET, ENJIN PENCARI  BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  1. MENGUMPUL DAN MENGKATEGORIKAN BAHAN AUDIO, VIDEO, GRAFIK DAN TEKS.
  2. MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWERPOINT

PENGENALAN

Apa itu ‘Enjin Pencari’
  • Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat.
  • ‘Enjin Pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
  • Kata kunci mestilah terdiri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang kita dapatkan.

Tujuan dan Jenis Enjin Pencari

Tujuan (konteks pendidikan)
  • Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
  • Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.

Jenis ‘enjin pencari’

 Dimanakah enjin pencari boleh didapati?

Sedar atau tidak kita seringkali menggunakan enjin pencari untuk dapatkan maklumat.
Tempat yang selalu kita dapat lihat:
  • Internet
  • Komputer atau laptop (intranet)
  • Halaman dalam Microsoft Office Word
  • Halaman dalam internet

Cara mengkategorikan maklumat
  • Video
  • Gambar
  • Ruangan
  • Lagu
  • Multi
  • Permainan
  • Perniagaan

Bagaimana mendapatkan maklumat di internet?
  1. Mengenalpasti tajuk.
  2. Memilih kata kunci mengenai tajuk / bahan yang ingin dicari.
  3. Memilih enjin pencarian yang tepat.
  4. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
  5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

BMM3105


TAJUK KURSUS :  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
BERBANTUKAN KOMPUTER
 
 
PEMBELAJARAN KURSUS :  

Pada akhir pembelajaran ini pelajar dapat; 

1.    Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian, model perpautan dalam penyusunan bahan dan perpautan antara bahan. 

2.    Memilih bahan-bahan daripada  internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. 

3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah.

4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.

5.    Menggunakan bahan Bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

6.    Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video. 



Friday 24 August 2012


Berkelah di Tepi Pantai

APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


KONSEP ETIKA
Etika komputer


  • Etika computer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan computer yang bertul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketetpatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah satu isu atau dilemma yang membabitkan etika.
  • Penggunaan komputerdalam era maklumat.


Masalah moral dan etika
  • Penggertak
  • Penyalah-gunaan internet
  • Virus
  • Hak cipta
  • Perisian cetak rompak


Penggertak (Cracker)
  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan


 Penyalahgunaan internet
  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.


Virus
  • Sebarkan virus yang akan merosakkan sistem, data, perisian, dan melumpuhkan rangkaian komputer.


Hak cipta terpelihara


  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.


Perisian cetak rompak


  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.


PRINSIP ETIKA KOMPUTER


  • Keseimbangan
  • Keizinan temaklum
  • Keadilan
  • Meminimumkan risiko


a. Keseimbangan


  • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat
  • Mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.


b. Keizinan termaklum


  • Mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.


c. Keadilan


  • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih.
  • Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.


d. Meminimumkan risiko


  • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.





PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT:


  1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
  7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
  8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.